| I'm Yours |
ABOUT ENTRY LINKS STUFF FOLLOW Dashboard



Gadis
Isnin, 27 Februari 2012 • 12:48 PG • 0 comments
Aku gadis bermaruah,
Benci kepada zina,
Benci kerana hina,
Jasad menzahirkan kata,
Batin memendamkan rasa.
Aduhai hati,
Bertahanlah engkau,
Aku seksa menanggung pilu,
Melawan nafsu beraja di hati,
Sabarkan jiwa menanggung sepi,
Dambakan kasih dari dirinya.
Aduhai mata,
Pejamkanlah seketika,
Bersihkan dari memandang mereka,
Lihatlah langit itu,
Masih teguh di situ,
Tahulah kamu akan keEsaan-Nya,
Perit azab kelak menantimu,
Tidak tertanggung oleh sang jiwa.
Aduhai tangan,
Diamlah dalam kocekku,
Jangan bermain di merata-rata,
Jauhkan dari mara bahaya,
Bermainlah pada kebaikan,
Menambah pahala,
Menghiasi jiwa yang gersang.
Aduhai kaki,
Hentikan langkahmu sebentar,
Singgah ke masjid menunaikan kewajiban,
Tahankan kaki dari Syaitan,
Menghasut diri ke lembah kehinaan,
Kaki yang sihat jangan disimpan,
Gunakanlah ia untuk kebaikan.
Duhai jiwa menari-nari,
Senyummu seindah mentari,
Kasihmu di dalam sanubari,
Menjenguk hati nuraini,
Mencintai kasih hakiki.




Thanks For Reading !


PASTFUTURE
The star owner

aQ bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yang tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu. Aku bukan sesetia Khadijah. Aku bukan setaqwa Fatimah. Aku bukan sepintar Aisyah. Aku bukan sehebat Sumayyah. Aku hanyalah pendosa tanpa noktah

WeChat here

Sweet Memories

Archive

CREDIT SECTION


Full Edit by: i'm Yours
Best view:Miss Google